Topping Pizza

Macam yang dijanjikan, kali ni saya kongsikan resepi topping pizza yang selalu saya buat. Untuk sayur, pelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Lepas mencuba jangan lupa syer hasilnya di Facebook! 😉

 Pizza

Bahan-bahan:

  1. Dada ayam – dikiub & digoreng
  2. Stok ayam
  3. 1 tin kecil tomato puree
  4. Minyak zaitun
  5. Capsicum – didadu
  6. Cendawan butang – dihiris
  7. Bawang besar – dibelah
  8. Bawang merah & bawang putih – dimayang
  9. Lobak merah – diparut
  10. Daun sup
  11. Daun pudina
  12. 2 sudu besar pati kurma
  13. 1 sudu besar pati delima
  14. 1 sudu besar cuka epal
  15. Habbatus sauda
  16. Garam
  17. Gula
  18. Lada hitam – ditumbuk
  19. Keju parmesan – diparut
  20. Keju mozarella – diparut

 

Cara penyediaan:

  1. Tumis habbatus sauda, bawang merah dan bawang besar sehingga layu.
  2. Masukkan stok ayam dan tomato puree. Biarkan mendidih.
  3. Tuang pati kurma, pati delima dan cuka epal.
  4. Seimbangkan rasa dengan garam dan gula.
  5. Taburkan lada hitam, parmesan dan daun sup. Kacau hingga sekata dan tutup api.
  6. Ambil roti pizza, tuang sos pizza tadi dan ratakan. Tabur sayur-sayuran dan dada ayam. Akhir sekali taburkan mozarella.
  7. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit atau sehingga keperangan.

Kalau ada sos yang berlebihan, simpan dalam peti ais. Anda boleh gunakannya untuk dimakan dengan pasta!

Produk sunnah yang saya gunakan kali ni ialah roti, minyak zaitun, pati kurma, pati delima, habbatus sauda, cuka epal dan garam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s