Makaroni Bakar Sunnah Style

Kalau di kedai harganya agak mahal, sebab itulah saya pilih untuk buat sendiri, lebih menjimatkan. Resepi ini saya perolehi daripada ibu mertua & saya olah sedikit untuk memaksimumkan penggunaan produk sunnah. Produk sunnah yang saya gunakan ialah daging kambing, minyak zaitun, buah zaitun, habbatus sauda dan garam. Makaroni ini sangat sesuai untuk dijadikan minum petang ataupun dibawa sebagai casserole ke rumah sanak saudara.

 

Image

Bahan-bahan (hidangan 4 orang):

  1. 125 g makaroni
  2. Ayam – didadu
  3. Daging kambing – didadu
  4. Minyak zaitun
  5. Telur ayam – 2 biji
  6. Susu (saya gunakan 1 kotak Dutch Lady Kid)
  7. Bawang besar – didadu
  8. Buah zaitun – dihiris nipis
  9. Capsicum hijau – didadu
  10. Capsicum merah – didadu
  11. Lobak merah – didadu
  12. Tomato merah – didadu
  13. Cendawan butang – didadu
  14. Lada hitam – ditumbuk halus
  15. Daun sup
  16. Habbatus sauda
  17. Garam
  18. Keju mozarela – diparut
  19. Keju parmesan – diparut

Masa penyediaan: 60 minit

Cara memasak:

  1. Panaskan (pre-heat) oven pada suhu 180 darjah celcius.
  2. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan garam, beberapa titis minyak zaitun & makaroni. Biarkan hingga makaroni cukup lembut & toskan. Simpan air rebusan makaroni lebih kurang secawan.
  3. Dalam kuali, goreng ayam dan daging kambing hingga keperangan. Tutup api, angkat & ketepikan.
  4. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang besar & habbatus sauda. Goreng sehingga bawang layu.
  5. Masukkan ayam, kambing, air rebusan makaroni & sayur-sayuran. Gaulkan & perasakan dengan garam & lada hitam. Setelah sayuran lembut, tutup api & tuang sedikit (drizzle) minyak zaitun.
  6. Taburkan parutan parmesan & gaul hingga sebati.
  7. Tuangkan bahan-bahan di dalam kuali ke dalam bekas yang sudah dilanser.
  8. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan kacau bersama susu.
  9. Tuangkan campuran telur-susu tersebut ke seluruh makaroni. Fungsi campuran ini ialah untuk melekatkan semua bahan.
  10. Parutkan mozarela di bahagian atas makaroni.
  11. Bakar selama 40 minit atau hingga mozarela bertukar warna menjadi keperangan.

Selamat mencuba~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s