Spageti Kambing Sunnah Style

Saya & suami sukakan kambing, jadi saya cuba sediakan spageti kambing & maksimakan pemakanan sunnah dalam 1 hidangan (meal). Makanan sunnah yang saya gunakan ialah minyak zaitun, daging kambing, habbatus sauda, pati delima, air zam-zam & madu.

Spageti kambing & jus delima madu
Spageti kambing & jus delima madu

Bahan-bahan:

  1. Spageti
  2. Daging kambing (bahagian bahu)- didadu
  3. Minyak zaitun
  4. 1 sudu tepung gandum
  5. Bawang merah dan bawang putih- dimayang
  6. Halia
  7. Habbatus sauda
  8. Tomato merah-oren
  9. Lobak merah – dipotong halus memanjang
  10. Cendawan butang – dihiris
  11. Sos tomato
  12. Garam
  13. Lada hitam (optional)
  14. Cili padi (optional)
  15. Oregano kering (optional)
  16. Daun pudina (optional)

Masa penyediaan: 30 minit

 

Cara-cara memasak:

  1. Didihkan air, masukkan garam & sedikit minyak zaitun. Rebus spageti sehingga lembut. Tutup api, toskan.
  2. Rebus daging kambing yang telah didadu bersama sos tomato sehingga lembut. Tutup api & simpan stoknya.
  3. Kisar tomato bersama sedikit air.
  4. Panaskan minyak zaitun, masukkan tepung gandum & kacau hingga sebati.
  5. Tumis bawang merah, bawang putih & habbatus sauda sehingga bawang kekuningan.
  6. Masukkan stok, daging kambing, halia & cili padi. Tuang tomato yang dikisar & masukkan 1 senduk air rebusan spageti.
  7. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam, oregano & daun pudina.
  8. Biarkan sehingga sos menjadi pekat. Masukkan lobak merah & cendawan, gaulkan. Biar seminit kemudian tutup api.
  9. Tuangkan sos ke atas spageti & hiaskan dengan daun pudina.
  10. Hidangkan bersama jus delima bermadu.

 

Saya perasan, warna sos kambing lebih gelap berbanding sos ayam.

Selamat mencuba~ =)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s