Hati Seorang Kakak :(

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Nama saya Kakak. Di rumah saya ada sebuah bilik. Bilik itu luas, besar dan selesa. Dulu saya berkongsi bilik itu dengan Adik. Setiap kali tiba waktunya, saya akan mengemas bilik dengan sedikit bantuan daripada Adik. Sekarang  masing-masing dah besar, saya rasa ini waktunya untuk saya pindah ke bilik lain dan berikan hak mutlak bilik itu kepada Adik.

Satu hari, Abah menyuruh Adik kemaskan biliknya. Abah minta supaya saya bantu Adik serba sedikit memandangkan Adik belum cukup pengalamannya untuk mengemas bilik seorang diri. Saya terima arahan tersebut kerana sayangkan Adik dan bilik yang pernah kami kongsi bersama satu ketika dulu.

Setiap kali saya jengukkan wajah ke bilik, saya dapat lihat Adik termenung di tepi katil seolah-olah tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Simpati, saya cuba menghulurkan bantuan. Saya kongsikan sedikit tips tentang cara mengemas namun Adik kelihatan tidak selesa dengan perkongsian maklumat itu. Walaupun tahu Abah menyuruh saya membantu, Adik tetap tidak suka.

Mungkin dia rasakan saya cuba campur tangan, mungkin dia belum faham itu tanda sayang. Hati seorang kakak tercalar juga bila Adik menarik wajah masam setiap kali bertembung di ruang makan, namun saya perlu bertindak matang. Saya rindukan kemesraan kami dulu namun saya sedar sejak saya ada bilik sendiri, Adik semakin dingin dengan kakaknya.
dec-den-girls-room

Semalam Abang memanggil Adik dan saya untuk bertanyakan perkembangan arahan Abah. Abang juga ingin membantu namun Adik merasakan dirinya sudah cukup besar untuk kendalikan segalanya seorang diri walaupun hakikatnya dia belum lakukan apa-apa. Abang nyata lebih kecewa berbanding saya. Saya putuskan untuk tarik diri, biarlah Adik lakukan segala-galanya sendiri kalau itu yang dia mahukan.

Saya sayangkan bilik tersebut dan saya juga sayangkan Adik namun jika dia memilih untuk berdikari, saya terpaksa ingkar arahan Abah (maaf). Jika itu dapat membahagiakan hati Adik, saya hormati kehendaknya. Adik, kakak tak pernah berniat untuk campur tangan dalam urusan bilik itu. Kakak doakan bilik Adik akan berjaya dikemaskan sebelum Abah menjenguk. Semoga hubungan kita akan kembali jernih. Kakak sayangkan Adik.

Abah, mungkin ini waktu yang terbaik untuk kita biarkan Adik belajar erti berdikari. Sama ada Adik mampu kemaskan biliknya atau tidak, biar dia tentukan sendiri berdasarkan usahanya. Kalau gagal sekalipun, Kakak yakin kegagalan itu akan menjadi guru terbaik buatnya untuk muhassabah kembali segalanya.

Maaf Abang, saya tidak pergi berjumpa Abang ketika dipanggil semalam. Saya tahu Abang juga berkecil hati dengan sikap Adik namun saya yakin Abang lebih matang berbanding kami dan mampu uruskan Adik. Abang tersepit antara tugas seorang abang dengan kehendak Adik, bersabarlah. Sekurang-kurangnya Adik masih boleh menerima arahan Abang, bantulah dia sedaya yang boleh…

Kepada mereka yang faham entri ni, kita biarkan jela Adik buat segalanya dengan caranya sendiri ye :)

Selamat Tinggal JMKZ!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Tiada topik khusus untuk dibincangkan kali ini, tiada apa yang menarik untuk dikongsi. Sekadar melawat seketika blog yang dah seminggu tak dikunjung.

Alhamdulillah, kabinet baru JMKZ dah terbentuk semalam. Ana salah seorang panel interview, menemani Encik Anuar (ayahanda pengetua) dan dua orang lagi felo. Sebagai satu-satunya MT, ana tidak banyak bercakap dan tidak menyoal, lebih senang memerhati setiap calon dan menilai dalam diam. Masing-masing punyai potensi untuk bergelar pemimpin namun tapisan berperingkat perlu dilakukan demi menubuhkan sebuah organisasi yang cukup kuat untuk menyokong Kolej Za’ba.
Continue reading

JMKZ, Earth Hour & Malam Puisidra Za’ba

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Ia (kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya (Riwayat Muslim)

Alhamdulillah, secara tak rasminya hari ni ana bukan lagi Timbalan Yang Dipertua Kolej ;)
Continue reading

Back to College!

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful…

I just came back from Kursus Organisasi Za’ba at Taman Pertanian Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, 9 pm yesterday. I entered my room, washed my face and… COLLAPSED (sleep la). Huhu, soo tired. My roommate said I got burnt a li’l bit, huhhu…

Though the name sounds like everything about protocol, meeting chairing and all those management businesses, the activities were actually more to camping. Lots of stories to be shared here, but don’t have enough time la to tell everything. Too busy with my thesis proposal and assignment. I’ll try to post the entry about it this weekend, insya Allah. Besides I don’t have the photos yet, need to ask them from Hannan and Abang Andie first, they were the amateur (ngee hehe) photographers for the three days.

So, let’s wait for the next entry k! ;)