Buah, Sayur, Manfaat & Kebesaran Allah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Beberapa hari lepas ketika masih di kampung, saya terasa nak makan puding kastard. Saya “geledah” almari buku Mak di dapur untuk mencari buku resepi dan terjumpa majalah Anis keluaran Ogos tahun lepas, bersebelahan buku resepi.

Sewaktu membelek-belek majalah tersebut saya terjumpa sebuah artikel yang mengaitkan bentuk sayur atau buah dengan khasiatnya terhadap tubuh manusia. Setiap satunya Khaliq berikan tanda agar kita tahu buah / sayur tersebut baik untuk organ tertentu. SubhanAllah, lagi satu bukti kekuasaan-Nya…
Continue reading

Khinzir Sebagai Mixing Vessel

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Khamis lepas seperti biasa saya dan Mak menonton Halaqah di bilik TV, manakala Adik Saiyidah leka dengan Keliwonnya di ruang makan. Tajuk diskusi malam itu ialah Selesema Babi dan ahli panelnya ialah Ustaz Farid Ridzuan serta Dr. Danial Zainal Abidin (pengamal perubatan). Hujah kedua-dua mereka amat mengagumkan, membuktikan kehebatan ilmu yang dimiliki.

Namun sebagai seorang yang menceburi bidang sains sudah tentu kekaguman saya lebih cenderung kepada hujah Dr. Danial. Salah satu kenyataannya yang menarik ialah berkenaan sebuah teori perubatan iaitu “pig as a mixing vessel”. Fakta tersebut membuatkan saya mencari maklumat lanjut di Internet. Mari kita lihat dengan lebih terperinci…

Akhirnya saya temui sebuah jurnal perubatan bertajuk The pig as a mixing vessel for influenza viruses: Human and veterinary implications. Jurnal 9 muka surat itu ditulis oleh Ma, W., Kahn, R. E dan Richt, J.A dari Kansas State University pada tahun 2008.
Continue reading

Tumbuhan yang Bertasbih dan Sains

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Sudah lama saya tidak berkongsi ilmu di sini. Beberapa entri Baitil Ansar kebelakangan ni lebih menjurus kepada kehidupan seharian. Saya sebetulnya kekeringan ilham mahu menulis apa dan ketandusan masa untuk mencari bahan yang betul-betul sesuai. Namun aktiviti berjalan-jalan melihat alam setiap petang sejak kebelakangan ni memberi satu idea untuk mencoret.

Cari punya cari saya terjumpa sebuah artikel yang diinginkan; mengenai pohon berzikir. Namun, disebabkan artikel tersebut ditulis dalam Bahasa Indonesia, maka perlukan satu usaha untuk saya olahkan kembali ke dalam Bahasa Melayu menggunakan laras bahasa seorang SyuD. Bebanan proposal menyebabkan entri ini agak lambat disiarkan.

Bukti Saintifik Tumbuhan Juga Berzikir

Sebuah majalah sains yang terkenal, Journal of Plant Molecular Biologist telah memuatkan sebuah artikel mengenai penelitian sekumpulan cendekiawan terhadap tumbuhan. Mereka mendapati sebahagian flora mengeluarkan bunyi halus yang tidak mampu didengari telinga manusia dan bunyi tersebut berjaya dirakam menggunakan alat perakam yang tercanggih.
Continue reading

Uban, Tudung & Sains

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Pernah tak antum terfikir kenapa Allah wajibkan Muslimah agar menutup rambut? Bukankah lebih baik mahkota wanita itu didedahkan, bolehlah wanita Islam juga menggayakan pelbagai fesyen seperti bukan Islam. Macam tak adil ja bunyinya bila non-Muslim boleh tayangkan pelbagai fesyen rambut sedangkan yang bergelar Muslimah perlu menutupnya sepenuhnya.

Sejak kecil memang ana sering tertanya-tanya kenapa perlu bertudung? Biasalah, sebagai seorang gadis kecil (masa dulula) kepala ana memang sarat dengan macam-macam persoalan. Tapi memandangkan Islam dah wajibkan umatnya bertudung maka ana pun menurutlah perintah tanpa memahami sebab-musababnya.

Ketika di matrik (kira-kira 3 tahun lepas) baru ana temui salah satu hikmah bertudung; melambatkan proses pemutihan rambut atau dalam kata lainnya melambatkan penghasilan uban. Ya ka? Ada kaitan ka sehelai kain nipis dengan uban? Macam tak logik ja. Okey, kita teliti bukti-bukti yang baru ana temui dalam usaha untuk kukuhkan hujah ana.
Continue reading

Demam: Merungut atau Bersyukur?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Demam. Itulah tetamu yang tidak diundang namun tetap bertandang ke UPSI sekarang. Mungkin juga kerana perubahan cuaca yang mendadak maka kebanyakan pelajar yang rendah tahap imunisasi atau berada dalam stress mudah dihinggapi penyakit ini.

Ana salah seorang daripadanya dan seperti biasa demam ana ditemani oleh dua sahabat baiknya; batuk dan selsema. Agak menderita, sudah tiga hari ana menjadi peneman setia pada sebuah katil. Kepala yang sakit dan rasa kantuk yang tidak putus tiba membuatkan ana meluangkan banyak masa untuk tidur. Namun persoalannya, wajarkah kita merungut setiap kali disapa demam?
Continue reading