Ceritera Guru

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Tingkah mestamu tiada bermadah,
Pantun budaya warisan berzaman;
Dian ilmu penyinar ummah,
Santun tuturnya buat cerminan.

Luntur tiada pesonanya suasa,
Hingga menjadi hikayat perawi;
Melentur pemuda nakhoda bangsa,
Mencorak pemudi ibu pertiwi.

Tenang pemuda berkayuh kolek,
Hanyut duri di tengahnya lanar;
Pesannya tiada mengenal lokek,
Bagai mentari menumpahkan sinar.

Nian indah kebaya sutera,
Bersulam lintap emasnya benang;
Biar tanah memerah pusara,
Jasanya tetap disanjung dikenang.

Kenapa saya tiba-tiba bermadah? Adakah saya terpengaruh dengan Jarjit dalam cerita Upin & Ipin dan Kawan-kawan tu? Oh, mestilah tak.

Sebetulnya semua itu saya nukil untuk Pertandingan Menulis Pantun Sempena Hari Guru Peringkat UPSI. Sengaja mencuba tuah sambil mengisi masa lapang. Hampir seminggu saya peruntukkan demi menulis 4 rangkap, satu tempoh yang amat lama.

Jika dahulu rima awal, tengah dan akhir tidak pernah hilang namun sekarang saya hanya mampu kekalkan rima tengah dan akhir. Setelah lebih separuh dekad meninggalkan dunia pantun, nyata bakat bermain kata saya semakin luntur.

Jom Paham Pelat Pghelih =)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Saya tiba-tiba terasa ingin berkongsi sedikit pengetahuan dengan para pengunjung mengenai perkataan-perkataan dalam pelat Perlis. Saya tidak katakan semua ini perkataan Utara kerana tidak pasti sama ada negeri lain juga menggunakannya.

Pasti ramai yang tahu kata seperti “besaq”, “awat”, “la ni”, “pi” dan “mai”. Kali ini biar saya berkongsi beberapa perkataan yang jarang kedengaran malah orang Utara sendiri (generasi baru) mungkin tidak tahu maksudnya. Kita mulakan dari yang mudah =)
Continue reading

Guru & Pahala yang Berterusan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Letak nota di tepi, check jam di handphone. Tertera di skrin Sony Ericsson tersayang digit 0136, patutlah ngantuk! Patutlah baca nota Instrumental Analytical Chem tu dah macam baca sajak Shakespeare (tak pahamla…). Tiba-tiba ja teringat pada diskusi dengan Safwan dalam YM! tadi tentang bidang pendidikan ni.

Kredit sikit untuk Safwan. Sebagai salah seorang teman yang bakal menceburkan diri dalam bidang pendidikan selepas pulang dari New Zealand kelak, Safwan sering juga membuka topik ini untuk dibincangkan dan masing-masing mula berkongsi pendapat. Semalam entah macam mana boleh terbuka isu tentang guru sekolah rendah.

Lebih Banyak Kebaikan Menjadi Guru Sekolah Menengah: Betulkah?

Selama ini ana sering terdengar pendapat masyarakat terutama daripada kalangan guru sendiri bahawa menjadi guru sekolah menengah lebih banyak kebaikannya berbanding guru sekolah rendah. Apatah lagi jika guru sekolah rendah itu ialah produk maktab kerana gaji keluaran maktab adalah kurang sedikit berbanding graduan universiti. Isu lain yang sering dibangkitkan ialah berkenaan peluang kenaikan pangkat.

Namun sebagai Muslim kita sepatutnya tidak memisahkan soal ibadat daripada sesebuah pekerjaan. Mengajar dan membimbing juga sebuah ibadat yang dikira mulia (andainya dimulai dengan niat yang betul), bukan? Maka jika diperhatikan daripada sudut ini kita akan sedar bahawa guru sekolah rendah sebenarnya lebih banyak kelebihan mereka berbanding guru pendidikan sekunder.
Continue reading