Dah Hujung Tahun, Wahai Para Pekerja, Jom!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Bulan 11 muncul lagi! Jom kita tanya kakitangan awam, apa yang menjelma dalam fikiran diorang bila dengar istilah “hujung tahun”

Responden 1, Nurhazila (25): Year end sale, saye nak serbu Sogo dan bermukim kat situ dari sebelum subuh sampai guard halau.

Responden 2, Safirul Azwan (24): Bonus setengah bulan gaji bulan depan, Najib announce dalam bajet haritu. Bolehla saya make-up sikit kereta, tukar apa yang patut.

Responden 3, Mak Cik Bedah (34): Cuti sekolah, Auntie B cadang nak ajak uncle ambil cuti few days pergi jalan-jalan dengan anak-anak kat Shanghai. …

Alhamdulillah, masing-masing mempunyai agenda tersendiri dalam usaha mengisi tempoh dua bulan yang berbaki bagi tahun 2011 ini. Namun mungkin perlu kita kenangkan kembali, adakah semua ibadah sudah terlaksana? Solat insya Allah cukup, puasa kalau tak cukup pun dah diganti, zakat fitrah alhamdulillah dah terlaksana, kira dah ok la kan.

Chop-chop, macam mana dengan zakat pendapatan? Zakat wang simpanan? Dah selesai semua tu? Sebelum ni saya tak pernah ambil tahu dua perkara tu, tapi baru-baru ni saya teringat kewajipan ni. Yalah, dah ada profesion mestilah ada gaji dan simpanan, bukan macam dulu, duit berapa ringgit saja pun, tak payah fikirkan bab-bab zakat ni.

Dalil Wajib Zakat

“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Al-Baqarah: 267)

Dalam firman tersebut, Allah telah nyatakan supaya “keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik” dan pekerjaan yang halal juga merupakan salah satu usaha yang baik-baik maka wajiblah zakat dikeluarkan jika telah cukup syaratnya.

Kaya sungguh pak cik ni, huhu~ T_T

Zakat Wang Simpanan

Eh ada ke? Mestilah ada, barulah orang bertaraf sederhana dan kaya boleh menyucikan hartanya di samping membantu golongan yang layak menerima.

Menurut Lembaga Zakat Selangor, mata wang wajib dikenakan zakat. Kenapa? Sebab ia boleh digunakan untuk bermuamalah, samalah macam emas dan perak. Tak kiralah wang tu dalam bentuk kertas, syiling atau apa-apa saja asalkan setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli, maka diwajibkan zakat ke atasnya.

Tapi sama seperti zakat fitrah, zakat wang simpanan juga ada syarat-syarat wajib dikeluarkan. Dalam kata mudahnya, bukanlah semua orang yang mempunyai akaun bank berdaftar tu wajib keluarkan zakat, cuma yang mencapai nisabnya saja. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).

Menurut Pusat Kutipan Zakat Pahang, nilai nisab zakat wang simpanan semasa (pada 30 November 2011) ialah RM14 275. Jadi, pada setiap hujung tahun, kalau jumlah duit dalam akaun-akaun bank seseorang kakitangan awam telah melebihi nilai tersebut, maka diwajibkanlah pengeluaran zakat ke atasnya.

Contohnya wang simpanan Maisarah pada bulan Disember ialah seperti berikut:
Akaun 1: RM 3000
Akaun 2: RM 5500
Akaun 3: RM 5000

Jadi selepas dicampur, jumlah wang simpanannya pada akhir tahun ialah RM13500 iaitu kurang daripada nilai nasab semasa, maka tak wajiblah dikeluarkan zakat.

“Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”

Untuk makluman, Lembaga Zakat Selangor telah menghasilkan sebuah kalkulator untuk mengira jumlah zakat yang perlu dikeluarkan. Untuk menggunanya, anda boleh klik di sini.

Zakat Pendapatan

Menurut Lembaga Zakat Selangor, harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.

Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional. Ianya merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau institusi. Pendapatan tersebut merangkumi:
i.    Gaji
ii.    Tunggakan gaji
iii.    Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat)
iv.    Pendapatan
v.    Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan seperti royalti, sewa rumah dan lain-lain)

Kita lihat pula syarat-syarat zakat pendapatan wajib dikeluarkan. Menurut Lembaga Zakat Selangor, berikut ialah syarat-syaratnya:
i.    Islam
ii.    Merdeka
iii.    Pemilikan sempurna
iv.    Cukup nisab
v.    Haul
vi.    Pendapatan halal

Berkaitan perkara ke lima iaitu haul, terdapat sedikit percanggahan pendapat mengenainya. Ada yang mengatakan perlu dikeluarkan secara bulanan, ada juga yang mendakwa zakat pendapatan mesti dikeluarkan pada hujung tahun. Terpulanglah tempoh mana yang dipilih kerana kedua-duanya adalah harus. Namun, pendapat yang kuat dipegang oleh kalangan Imam Syafie, Hanafi dan Hambali ialah zakat dikeluarkan setiap bulan untuk mengelakkan wang yang telah dikumpul dihabiskan sebelum cukup tempoh setahun.

Seterusnya, zakat pendapatan juga dikira berdasarkan baki pendapatan yang masih ada selepas ditolak jumlah perbelanjaan. Contohnya bagi seorang ketua keluarga, jumlah zakat dikira setelah pendapatannya ditolak dengan jumlah perbelanjaan diri sendiri dan isi rumah. Rujuk di sini untuk keterangan lanjut.

Sama macam zakat simpanan, Lembaga Zakat Selangor juga menyediakan khidmat kalkulator zakat pendapatan untuk memudahkan para pembayar.

Tak banyak pun, dalam 2.5% saja pun daripada simpanan tersebut yang wajib dikeluarkan, ada baki 97.5% yang milik mutlak kita. Jadi bagi yang mampu, jom sama-sama laksanakan kewajipan! :)

P/s: zakat ni bukan wajib dibayar kat lembaga zakat pun, kalau ada saudara-mara atau jiran tetangga yang layak terima, afdal bagi terus je kat mereka :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s