Fitrah Alam: Pokok Padi Tidak Tumbuh Tanpa Benih~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini dan bermacam-macam persoalan yang timbul dalam benak mereka yang mengenali saya. Tak perlu saya komen lebih, tapi entri kali ini saya tuliskan khas dengan harapan mampu menjawab beberapa persoalan, sekadar sebuah perkongsian.

Walaupun persoalan-persoalan tu berbeza antara satu sama lain, tapi penyelesaiannya sama saja:

Kita tuai apa yang kita tanam

Respons saya yang pertama:

Cuba tengok sekeliling, ada tak pokok rhu yang tiba-tiba tumbuh di halaman rumah kalau tak ditanam? Takde kan? Macam tu juga dengan hidup seorang manusia, kalau kita cuma merungut lapar tapi tak ada usaha untuk bangun ke dapur atau mencari makanan di kedai atau minta seseorang masakkan sesuatu, makanan takkan terhidang secara magik di depan mata. Ini bukan alam David Copperfield~

Pernah tengok cerita Simon in the Land of Chalk? Simon yang kartun tu pun perlu lukiskan sesuatu di papan hitamnya untuk bolehkan hasratnya kesampaian, takkanlah kita yang manusia ni boleh dapat apa yang diinginkan dengan membayangkannya dalam kepala saja.

Jadi tunggu apa lagi, bergeraklah ke arah apa target awak!

Memang ada pokok ceri yang tumbuh walaupun tak ditanam, ini hasil pendebungaan oleh haiwan. Ada waktunya sesuatu tiba-tiba saja diberi tanpa perlu diminta, tapi ini sangat jarang berlaku. Dan bila benda macam ni berlaku, lafazkan lah alhamdulillah dan berterima kasihlah pada orang itu.

Respons saya yang kedua:

Bila berkebun, apa yang kita taburkan dalam pasu ialah baja yang membekalkan nutrien-nutrien berguna kepada pokok. Dengan kuantiti baja yang cukup dan siraman air yang konsisten, pokok akan tumbuh sihat dan berbunga lebat; mencantikkan pemandangan serta menyejukkan mata.

Cuba eksperimen ni; letakkan beberapa ekor serangga perosak pada pokok yang sedang membesar. Pokok akan layu dan lama-lama mati. Bila akar menuju pereputan, banyak mana pun air yang disiram, pokok akan mati.

The more love you spread in people’s life the more people will make you happy.

Respons ketiga saya:

Pernah dengar kisah gagak dan cat putih? Banyak mesej di sebalik cerita tu.

Kata-kata akhir

Apa yang saya miliki sekarang, prinsip saya ialah Allah berikan apa yang Dia tahu baik untuk hamba-Nya. Saya milikinya sekarang kerana Dia yakin ini yang terbaik untuk saya buat masa ini. Kenapa ada yang masih belum temuinya, hanya Dia yang tahu tapi yakinlah bahawa Dia sedang memberikan yang terbaik untuk awak.

Terima kasih juga atas kata-kata negatif yang saya terima dulu, ia tak melunturkan semangat tapi meningkatkan azam untuk berusaha. Walaupun dimalukan di depan manusia lain tapi saya hargai tindakan tu yang mendidik hati supaya semakin kuat. Lepas bermacam-macam pengorbanan yang perlu dilakukan, alhamdulillah doa dimakbulkan.

Buat seorang sahabat tersayang, tahniah atas kejayaan enti melanjutkan pelajaran! :) Sesuailah dengan usaha enti selama ni, Allah sedang membayarnya. Any other good news after this, don’t forget to share it with me k ;)

[mode untuk entri kali ini: saya tak akan menjawab apa-apa soalan]

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s