Anak Yatim Zaman Sekarang Ialah…

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Sebetulnya yatim zaman sekarang itu…
Si anak yang punya ibu, namun tiada peduli
Dan punya ayah, namun sibuk tak henti-henti…

Status seorang kakak (guru sekolah praktikum saya dahulu) di Facebook baru-baru ini membuatkan saya berfikir. Ringkas apa yang ditulisnya dan definisi yang dia berikan tentang maksud yatim itu bercanggah dengan Kamus Dewan Edisi Keempat, tapi ada benarnya kata-kata dia.

Siapa yang boleh menafikan anak-anak sekarang ramai yang dibiarkan “hidup sendiri” tanpa kasih sayang, belaian, pantauan, didikan dan kawalan daripada ibu bapa. Ilmu keibubapaan tidak dipraktikkan sepenuhnya, fungsi mereka seolah-olah untuk melahirkan dan memberi wang saku. Tugas-tugas lain, gurulah yang menanggungnya. Pelajar-pelajar di sekolah yang saya bertugas sekarang juga ramai yang begitu.
Continue reading

Happy 24th Birthday~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…

16 Ogos. Tahun lepas kami sambut tarikh ni dengan gembira, alang-alang semester terakhir untuk pelajar Kimia batch 2006/2007. Snorkelling bersama-sama kat Pangkor, tanam Syafaat sama-sama (ops Paat, hehe). Tahun 2011 kami menyambutnya secara berasingan, masing-masing dah bergelar pendidik, alhamdulillah…

Kenangan di Pangkor

Kenapa dengan 16 Ogos? Ouwh, 24 tahun yang lepas inilah tarikh Cik Nurul Akma Bahari a.k.a bff saya mula melihat dunia. Saya tak pastila kelantangan tangisan dia masa tu, tapi rasanya macam boleh tahan jugak kot~ :p

Insya Allah 2011 ni tahun terakhir dia sambut ulangtahun kelahiran sebagai seorang cik, tahun depan dah naik pangkat bergelar puan, wink~ Sekarang pun tengok wall FB dia dah tau dia cukup bahagia, semoga semakin bahagia lepas ni, tak mau dok sedih-sedih dah tau…

Walaupun tak dak hadiah, tapi doa insya Allah sentiasa mengiringi awak, hehehe…

Ya Allah, panjangkanlah usianya,
agar lebih lama dapat hidup mentaati-Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebuah ladang,
moga di akhirat kelak dia mengutip hasilnya.
Ya Rahman, tambahkanlah amalnya di saat bertambah usianya,
Ya Rahim, jadikanlah cahaya-Mu bersinar menerangi jalannya,
Semoga haruman syurga-Mu bakal menjadi tempat rehatnya di sana nanti…

Happy birthday friend dear~ :)

Tak kira pun tau dah, cukup 24 batang ni... :p

P/s: tak sabar nak pi Langkawi hujung tahun ni, lallala~ :D