Sekilas Unity Government

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Berkaitan isu Unity Government, sejujurnya ana amat tertarik dengannya. Bukan mudah untuk kedua-dua parti bersetuju untuk duduk semeja dan berbincang, jika ini berlaku pastinya topik musyawarah itu merupakan sesuatu yang amat berat.

Ana ingin mengulas perkembangan semasa ini daripada perspektif seorang SyuD terutama berkaitan tuntutan Tuan Guru Nik Aziz, namun kekangan masa menghalang.

Cuma satu yang ingin ana ingatkan di sini, jika antum ingin menilai sesuatu jangan melihat pada permukaannya dan apa yang terpamer sahaja tetapi lihatlah secara keseluruhan. Bak kata Dr. Ong yang mengajar kursus Research Method (Kaedah Kajian), “As an educated person, you should listen to the explanations and arguments from both sides before deciding who is right and who is wrong”.

Kenyataan dan hujah daripada pihak kerajaan, tidak sukar mendapatkannya. Beli saja akhbar. Namun untuk mengetahui hujah daripada pihak pembangkang khususnya PAS, antum boleh rujuk di blog saudara Nik Abduh.

Kursus Kaedah Kajian banyak mengajar ana bahawa sumber primer itu lebih baik berbanding sumber sekunder, ada kala terlalu banyak kelemahan yang ditemui dalam sumber sekunder. Antum boleh tafsir sendiri maksud ana.

Buatlah pertimbangan secara rasional, matang dan bertanggungjawab…

Kelirukah Anda?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Mungkin ada antara pengunjung blog ini yang agak keliru dengan corak penulisan ana. Ada kalanya tulisan ana berbaur serius a.k.a “skema” dan ada waktunya terlalu santai. Jangan keliru, itulah ana.

Ketika membincangkan sesuatu yang perlukan sebuah rasional dan bersifat agak “berat” ana akan berfikir dan menulis secara kritikal, memerhati sesuatu daripada segala aspek. Namun ada masanya ana juga menulis secara santai (terutamanya kisah-kisah berkaitan kehidupan seharian), dengan peribadi ana yang sebenar. Antara kedua-dua bentuk penulisan ini, wujudnya jurang pemilihan perkataan dan nadanya.

Namun jangan pula terkejut jika ada kalanya antum disajikan dengan sebuah tulisan yang amat mengelirukan dan sukar ditafsir. Misalnya The Small Black Dot dan Kehilangan. Itu sebahagian lagi daripada diri ana; amat berahsia mengenai sesuatu perkara.

The true colors of lyfe

The true colors of lyfe

Welcome to me blog!

Isu Pendidikan dalam Akhbar Hari Ini

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kementerian akan melihat semua kemungkinan untuk mengatasi masalah itu termasuk menambah jumlah wang panjar runcit (petty cash) di sekolah supaya guru tak perlu mendahulukan wang sendiri.

Beliau berkata, isu itu perlu diselesaikan dengan segera kerana adalah tidak wajar guru dibebankan dengan tugas berkenaan lantaran ia tidak termasuk sebagai antara kewajipan guru melaksanakan tugas.

Itu antara petikan sebuah artikel daripada Berita Harian Online hari ini. Ana sokong 100% supaya jumlah PT cash ditingkatkan. Cukuplah bebanan yang ditanggung guru-guru sekarang, tak perlu ditambah lagi dengan bebanan kewangan pula. Bukan tidak ikhlas dalam bekerja tetapi lebih baik duit yang dilesapkan ke dalam poket-poket individu tertentu dihulurkan ke dalam tabung sekolah.

Sejujurnya, hari ni baru ana tahu siapa TPM baru merangkap Menteri Pelajaran. Biarlah ana kehilangan ciri-ciri guru bitara, letih dengan kabinet Malaysia yang suka berubah-ubah. Dah kurang minat nak mengambil tahu…

Tentang murid tahun satu yang terjatuh ke dalam tangki dan tertelan najis, ana amat bersimpati padanya dan keluarga. Semoga adik Harris sembuh sepenuhnya, amin. Pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Kedah perlu bertanggungjawab dalam kes tersebut dan lebih berhati-hati selepas ini.

Sepintas mengenai wabak H1N1. WHO sudah mengeluarkan amaran tahap keempat, menandakan setiap negara perlu meningkatkan tahap berjaga-jaga masing-masing. Sehingga semalam angka korban di Mexico sudah meningkat daripada 81 kepada 149; pertambahan sebanyak 68 kes. Nauzubillahiminzalik~

Kawalan kesihatan dipertingkatkan di KLIA

Kawalan kesihatan dipertingkatkan di KLIA

P/s: Buat insan bergelar sahabat, semoga awak bahagia =)

Her Happiness = Me Smile…

In the name of Allah, most Gracious, most Merciful…

Yeah, second entry for today.
So shock wif the news I got just now.
But she’s big enough to make her own decision.
I really hope she’ll be happy wif him.
Don’t wanna see her cry, love her so much.

Trust in her, SyuD~

Trust in her, SyuD~

Was speechless when chattin’ just now, yet tried me best to support her.

Me own story, nothing special wif it.

An ordinary one, lalala~

Erm~

Erm~

May 5th: Gimme the strength, Rabb~

Selesema Babi & Sistem Penilaian Modular Bagi Tingkatan 6

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Tadi ana merangka-rangka nak gunakan tajuk “Swine Flu” untuk entri kali ni sebab rasa macam kurang sopan menggunakan perkataan “babi” sebagai tajuk. Tapi fikir-fikir balik, tajuk tu nanti mungkin tak cukup menarik hinggakan pengunjung mungkin mengabaikan entri ni. Tak boleh! Maklumat dalam ni mesti dibaca semua; sebagai langkah berjaga-jaga.

Sejujurnya, pertama kali baca tajuk sebuah artikel berkenaan penyakit ni dalam Berita Harian Online semalam, ana tergelak. Hehehe, ada pulakla penyakit macam ni. Tapi akhir zaman kan, segalanya mungkin. Pagi ni sekitar 6.15 sementara WiFi berada di tahap “excellent”, ana pun buatla sedikit carian mengenai wabak ni.

Berikut merupakan fakta nombor yang ana perolehi daripada akhbar:

  • 81 orang disahkan maut di Mexico
  • 12 orangdisahkan dijangkiti di Amerika Syarikat
  • 10 orang pelajar New Zealand yang baru pulang dari Mexico menghidapinya
  • WHO (World Health Organization) mengesahkan 854 orang sudah dijangkiti di seluruh Mexico

WHO juga menyatakan bahawa kebanyakan kes selesema babi adalah disebabkan oleh virus H1N1. Virus ni agak bijak dan moden jugakla; menggabungkan genetik khinzir, burung dan manusia. Di bawah ni ialah simptom-simptom penyakit berbahaya ni:

  • Demam
  • Batuk
  • Sukar bernafas
  • Sakit-sakit badan
  • Mereka yang terlibat dengan ternakan khinzir (no doubt la)

Ya Allah, lindungilah Malaysia daripada singgahan wabak tersebut. Nauzubillahiminzalik…

Tingkatan 6: Sistem Modular

Sebagai seorang yang terlibat dalam dunia pendidikan (cewah) dan sebagai seorang mahasiswa yang menjalani sistem modular, sememangnya ana bersetuju jika sistem ini diperkenalkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 6.

Sedikit mengenai sistem ini, para pelajar dinilai sepanjang pengajian (ala, macam kat universitila) bukan berfokus pada hanya satu peperiksaan. Ini pada pandangan ana lebih berjaya menilai pelajar kerana dilakukan secara berterusan dan lebih banyak membantu pelajar mendapat keputusan yang berpatutan dengan usaha mereka.

Berdasarkan pengalaman, ana juga rasakan bahawa sistem ini mampu meningkatkan atau sekurang-kurangnya mengekalkan motivasi pelajar untuk berusaha mencapai sebuah keputusan yang cemerlang. Pelajar yang gagal dalam penilaian pertama mempunyai peluang untuk meningkatkan usaha dan membaiki gred untuk penilaian berikutnya.

Projek Menyelamatkan Kucing

Tulisan ni agak terkeluar topik, saja nak kongsi pengalaman (hehe). Tadi ana terdengar bunyi ngiauan kucing di tepi tingkap. Rupanya ada seekor kucing jantan yang masih remaja (tak cukup besar lagila kiranya, huu~) tersangkut di atas pokok. Entah apa puncanya dia panjat pokok tu, inferens ana; dia nak tangkap burung. Housemate kata dari semalam dia kat atas tu, kesiannya.

Tak sanggup melihat kucing tu tersangkut lebih lama dan kelaparan, ana pun SMS pada pihak pentadbiran kolej. Dalam 10 minit lepas tu sampailah Zam, Napi dan seorang lagi pekerja skim dengan tangga yang sangat tinggi. Ana turun ke bawah untuk tengok kucing tu dibawa turun, nak tolong tak boleh so tengok sajala. Disebabkan diorang bertiga dah selamatkan haiwan yang dalam kesusahan maka ana panggil diorang team Wonder Pets.

Sayangnya ana terlupa nak ambil gambar masa kucing tu terperangkap tadi…

Pokok yang dimaksudkan, pandangan dari rumah ana di tingkat dua

Pokok yang dimaksudkan, pandangan dari bilik ana di tingkat dua

Alamak, tulisan oren tu agak kabur sebab gambar ni dikecilkan skalanya. Anak panah tu menunjukkan tempat kucing tu bermalam semalam. Lebih tepat lagi, di situlah ekor kelabunya terjuntai tengah hari tadi. Nasib baik sempat diturunkan, kalau tidak, tidur dalam hujanla malam ni…

Wonder Pets, Wonder Pets kami datang,
Membantu binatang dalam kesusahan…

P/s: Jannah mesti bangga kalau tau Mak Cik dia nyanyi lagu favourite dia~